
termotok.blogspot.com - KUDAT - Timbalan Menteri menggesa rakyat berwaspada terhadap golongan yg cuba mencabar kredibiliti sistem kerajaan dan mempertikaikan kedaulatan undang-undang negara.
Menurutnya golongan itu berusaha melumpuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem dan institusi kerajaan sedia ada termasuk sistem perundangan dan kehakiman, sistem pilihan raya dan kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan cuba memberi gambaran buruk keputusan kerajaan dgn mewujudkan persepsi negatif.
"Golongan ni menggunakan media alternatif yg terlalu sukar untk diambil tindakan kerana sebahagiannya menggunakan pangkalan serangan (siber) dari luar negara, dan mereka bebas menyerang kerajaan.
"Dengan mekanisme begini mereka boleh mempengaruhi rakyat menentang kerajaan seperti mana yg berlaku di negara Timur Tengah yg mereka namakan 'Arab Spring'. Rakyat harus faham dgn agenda besar iaitu matlamat menghalalkan cara ini, " katanya ketika berucap pd majlis bertemu rakyat di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.
Abdul Rahim yg jg anggota Parlimen Kudat berkata perangkap yg dipasang itu dikhuatiri akan berjaya sekiranya rakyat tak peka dan tak cuba memahami agenda besar mereka.
"Hanya perpaduan rakyat sahaja yg boleh menjadi benteng serangan ini, " katanya.
Beliau turut mengagihkan bantuan kepada 250 orang miskin dan mengumumkan pelaksanaan projek kecil kepentingan rakyat di kampung berkenaan. - Bernama
other source : http://media-info-semasa.blogspot.com, http://cnn.com, http://stackoverflow.com
0 Response to "Rakyat Bawahan Jangan Cabar Kerajaan Jika Tak Nak Dapat Susah - Zahid - Info Ilmiah"
Posting Komentar