
termotok.blogspot.com - Ma'Nene Suku Toraja Hidupkan Balik Simati Setiap Tahun (10 Gambar)|Setiap tiga tahun, golongan Toraja di Sulawesi mempunyai cara pelik untk menghargai dan memperingati ahli keluarga yg meninggal dunia dgn menggali semula kubur mereka, membersihkan mayat dan memakaikan baju kegemaran si mati dlm upacara Ma’nene yg berusia ratusan tahun.
Upacara Ma’nene bermula di kampung Baruppu lebih seabad lalu, kata jurugambar Agung Parameswara yg merakamkan ritual unik itu.
Katanya, menurut orang Toraja, seorang pemburu bernama Pong Rumasek memburu di kawasan pergunungan apabila dia menemui mayat yg mereput di bawah pokok.
Pong memakaikan mayat itu dgn bajunya dan mengebumikannya perbuatan yg dipercayai membawanya rezeki dan nasib baik. Disebabkan itu, amalan berkenaan mula dilakukan golongan Toraja yg menganggap roh ahli keluarga yg meninggal dunia akan membalas jasa kerana menjaga mayat mereka.
Ketika Ma’nene yg bermaksud Upacara Membersihkan Mayat kubur ahli keluarga digali semula sebelum mayat mereka dibersihkan dan dihiasi menggunakan baju baru.
Keranda mereka digantikan / diperbaiki sebelum anggota keluarga berarak membawa mayat berkenaan di sekitar kampung mengikut laluan lurus tertentu yg dipercayai mampu menghubungkan mereka dgn entiti rohaniah dikenali sebagai Hyang.
Majoriti 650, 000 orang Toraja sebenarnya beragama Kristian / Islam, tapi sebilangan kecil masih mengikut amalan nenek moyang dikenali sebagai ‘Aluk Todolo.’
Upacara pengebumian antara perkara paling penting dlm kehidupan golongan itu, malah ada Toraja yg sanggup menyimpan wang sepanjang hidup mereka untk memastikan mendapat pengebumian yg elok.
Ada jg majlis pengebumian diadakan bertahun-tahun selepas kematian seseorang bagi membolehkan keluarga mereka mengadakan upacara besar-besaran dikenali sebagai ‘Puya’ yg dipercayai mampu menghantar si mati ke alam seterusnya.

Malah ada jg yg sanggup berhutang untk menampung perbelanjaan majlis pengebumian anggota keluarga kerana menganggapnya terlalu penting untk memastikan pertalian antara yg hidup dgn mati tak terputus.
Upacara pengebumian mengambil masa beberapa hari dan membabitkan penyembelihan haiwan seperti kerbau / babi untk memastikan kesenangan orang tersayang di alam seterusnya.
Haiwan itu melalui pelbagai ujian kekuatan dikenali sebagai ‘tedong silaga’ sebelum disembelih dan tanduk diletakkan di luar rumah keluarga si mati. Lebih banyak tanduk dikumpul, lebih tinggi status si mati.
Mayat si mati pula diletakkan dlm gua di cenuram sehingga majlis pengebumian selesai. Ia kemudian dipercayai memulakan perjalanan ke ‘alam roh.’
Pada satu ketika patung dinamakan ‘tau tau’ turut diletakkan di luar makam berkenaan untk menjaga mayat, tapi ada yg dicuri menyebabkan kebanyakan keluarga memilih menyimpan mayat di rumah mereka saja. Mayat ni digelar ‘orang yg sakit’ / ‘tidur’ kerana penduduk percaya mereka belum benar-benar mati sehingga dikebumikan.
Selain itu, Toraja percaya mayat mesti dikebumikan di tempat mereka mati / di mana mereka paling banyak menghabiskan masa ketika hidup, malah lokasi pengebumian jg boleh menyebabkan pertelingkahan dlm kalangan keluarga.
Selain itu, mereka jg percaya roh si mati mesti dibawa pulang ke kampung mereka. Disebabkan itu, jika seorang Tojaran meninggal dunia dlm perjalanan ke sesuatu tempat, keluarganya mesti pergi ke tempat kematiannya berlaku untk mengiringi rohnya kembali ke kampungnya.
Bayi Toraja yg meninggal dunia sebelum tumbuh gigi pula dibungkus dlm kain sebelum disemadikan dlm pokok kerana dipercayai roh budak itu akan menjadi sebahagian daripada pokok berkenaan.
hmetro.com.my
Gambar sekitar upacara Ma'nanae suku Toraja







other source : http://isukakipanas.blogspot.com, http://solopos.com, http://bbc.co.uk
0 Response to "Ma’nene Suku Toraja Hidupkan Balik Simati Setiap Tahun (10 Gambar)"
Posting Komentar